HARTA LUQATAH
DEFINISI HARTA LUQATAH
Harta yang ditemui di suatu kawasan yang tidak dimiliki, tidak dijaga, dan penemu tidak mengenali pemiliknya.
Hadis daripada Zaid bin Khalid r.a. bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda:
Hukum Pelaksanaan Pengurusan Dan Pelupusan Harta Luqatah Yang Disimpan Oleh Majlis Agama Islam Selangor
Perlaksanaan pengurusan dan pelupusan Harta Luqatah adalah tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut:
i. Setiap Harta Luqatah yang diterima hendaklah dilaksanakan proses hebahan selama satu tahun. Sekiranya telah tamat tempoh selama satu tahun, maka bolehlah melupuskan Harta Luqatah tersebut secara lelongan dan hasil dari lelongan itu dimasukkan ke dalam Baitulmal;
ii. Harta Luqatah yang tidak mendatangkan manfaat hendaklah disimpan di tempat yang selamat;
iii. Sekiranya Harta Luqatah tersebut sama ada masih kekal atau telah dilelong atau telah dicairkan, pemiliknya berhak menuntut walau pun telah tamat tempoh hebahannya. Pihak Majlis Agama Islam Selangor hendaklah memulangkan semula sekiranya harta tersebut masih ada atau nilai barang (mengikut nilai semasa) jika telah dilelong atau dicairkan;
iv. Pemungut atau pemegang amanah Harta Luqatah harus mengenakan caj perkhidmatan yang munasabah kepada pemilik Harta Luqatah tersebut sekiranya pemilik hadir untuk memungut harta;
v. Harta Luqatah tersebut harus diserahkan kepada Baitulmal sebagai pemegang amanah. Adalah menjadi kewajipan menyerah kepada Baitulmal apabila tiada individu atau agensi yang sanggup menjadi pemegang amanah; dan
vi. Harta Luqatah tersebut menjadi milik sepenuhnya kepada pemegang amanah atau pemungut untuk manfaatkan kepada perkara yang tidak bercanggah dengan syarak dan ada kemaslahatan kepada umat Islam.
*Fatwa ini telah diwartakan pada 31 Mac 2011
Serahan Harta Luqatah
Serahan Harta Atau Wang Luqatah
Hebahan Harta Luqatah
Jenis-Jenis Harta Luqatah
- Harta yang cepat rosak seperti makanan. Dari segi hukum harta begini boleh diberi pilih kepada penemunya sama ada untuk memakan atau menggunakannya dan diganti, atau dia menjualnya dan menyimpan harganya;
- Harta yang cepat rosak tetapi boleh dijaga supaya tidak rosak. Bagi harta jenis ini wajib bagi penemunya mengambil tindakan yang sewajarnya bagi kepentingan pemilik asal iaitu menjual dan menyimpan harganya, dan melakukan sesuatu yang boleh mengelakkan harta tersebut dari rosak dengan belanja sendiri, atau dia menjual sebahagian harta tersebut bagi tujuan perbelanjaan penjagaan harta yang selebihnya.
- Harta yang tidak rosak. Bagi harta ini digalakkan penemu menyerahkan kepada Baitulmal bagi tujuan hebahan dan amanah.
CARA GUNA SISTEM HARTA LUQATAH
1. PENEMU BARANG
- Serah Barang ke Masjid
- Barang yang dijumpai diserahkan ke pejabat/kaunter masjid untuk disimpan.
- Isi Borang “Lapor Barang Dijumpai”
- Di laman web, pilih menu Lapor Barang Dijumpai.
- Isi maklumat barang dan muat naik gambar.
- Sahkan Maklumat
- Pastikan tarikh, masa dan lokasi dijumpai diisi dengan tepat.
- Selepas dihantar, rekod akan disemak oleh admin masjid.
2. PEMILIK BARANG (KEHILANGAN)
- Semak Senarai Barang Dijumpai
- Pergi ke menu Cari Harta Luqatah.
- Lihat senarai barang mengikut gambar, kategori, tarikh & lokasi.
- Pilih Barang & Buat Tuntutan
- Klik pada barang yang disyaki milik anda.
- Tekan butang “Tuntut Harta Ini” di bawah maklumat barang.
- Isi Borang Tuntutan
- Isi Borang Tuntut Harta (nama, IC, tarikh tuntut, bukti pemilikan).
- Tunggu pihak masjid hubungi untuk pengesahan & serahan barang.
3. ADMIN MASJID
- Semak Laporan Penemu
- Terima borang “Lapor Barang Dijumpai”, sahkan barang berada di masjid.
- Lulus & Papar Dalam Sistem
- Rekod yang sah akan dipublish supaya muncul di halaman Cari Harta Luqatah.
- Nama & telefon penemu tidak dipaparkan kepada umum.
- Urus Tuntutan Pemilik
- Terima borang tuntutan, padankan ID Rekod Harta dengan barang di stor.
- Hubungi pemilik, semak IC dan bukti pemilikan.
- Jika sah, serahkan barang dan kemas kini status sebagai Selesai / Sudah Dituntut.
